MSTAR ONLINE
GEORGE TOWN: Seorang pengusaha restoran di Jalan
Kapitan Keling kerugian lebih RM100,000 apabila dapur kedai sewanya
hangus terbakar di sini, Sabtu. Mangsa, Hong Tian Hock, 56, berkata pada
kejadian pukul 4.30 petang itu, salah sebuah tong gas di dapur meletup
menyebabkan api merebak pantas hingga memusnahkan keseluruhan ruang
dapur rumah kedai dua tingkat itu.
"Api turut merebak hingga naik ke salah sebuah bilik di tingkat atas. Mujurlah pada masa itu anak dan isteri ada di bawah," katanya kepada pemberita.
Hong yang masih trauma bagaimanapun bersyukur kerana tiada kecederaan dan kehilangan nyawa ekoran insiden itu.
"Semasa kebakaran, anjing kesayangan kami terperangkap dalam bilik di tingkat atas, syukurlah dengan tindakan pantas bomba ia dapat diselamatkan dan api dapat dikawal daripada merebak ke tempat lain.
Sementara itu jurucakap bomba berkata, tiga buah jentera dan 27 anggota dari Balai Bomba Jalan Perak dan Lebuh Pantai dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Beliau berkata api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa 20 minit dan punca sebenar tong gas itu meletup masih dalam siasatan. -BERNAMA

No comments:
Post a Comment