Bagai
berjuang di medan perang.Bezanya, dalam suasana perang, kita boleh
bertindak membalas serangan musuh.Dalam suasana yang kami – saya dan
jurugambar, Taufik A. Kader – hadapi pula ketika membuat liputan
perhimpunan Bersih 3.0, ia ibarat ‘durian dengan mentimun’.
Nyawa kami
dan puluhan ribu peserta perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 di
kawasan berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bagai nak putus
apabila kawasan itu diselimuti asap putih gas pemedih mata menyesakkan
nafas yang dilancar pihak polis dan suasana huru-hara akibat kejadian
itu.
Anehnya,
berbeza daripada suasana perhimpunan sulung dan kedua Bersih pada 2007
dan tahun lalu, kali ini pihak wartawan, selain para peserta Bersih
3.0, turut menjadi buruan dan sasaran ‘ancaman’ pihak berkuasa yang
bertugas
.Gambar: Beberapa anggota polis menahan dan mempersoalkan
kehadiran wartawan asing ini serta meminta menunjukkan dokumen media
tambahan sebagai bukti, walaupun wartawan berkenaan memakai pas media
rasmi.
Ketika
saya cuba melarikan diri daripada dicengkam kesan gas pemedih mata dan
bimbangkan keselamatan rakan saya itu – yang terpisah ketika tembakan
dan semburan gas pemedih mata dan cecair kimia ditujukan ke arah
peserta perhimpunan – saya terserempak kira-kira lapan hingga 10 orang
anggota polis sedang membelasah seorang pemuda berusia 20-an tahun yang
longlai di sebatang lorong penghubung Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan
Jalan Masjid India.
Ketika
itu, beberapa orang polis yang menyedari percubaan saya dan seorang
jurugambar media asing untuk merakamkan insiden itu meluru ke arah kami
lalu mengancam dengan kata-kata:
‘Awas, jangan ambil gambar! Nanti aku pecahkan kamera kau!’
Dengan
pantas kamera peribadi saya ditepis dengan ganas dan terjatuh ke tanah,
manakala saya dapat menangkis percubaan seorang lagi anggota polis
daripada merosakkan kamera jurugambar media asing itu. Mujur kamera
saya tidak rosak.
Namun, beberapa wartawan lain – asing dan tempatan – turut mengalami nasib sama.
Namun, beberapa wartawan lain – asing dan tempatan – turut mengalami nasib sama.
Mereka diancam, dimarahi, ditahan dan disoal siasat, serta kad memori kamera dan dokumen media dicampak polis dengan kasar.
Sementara
itu, Taufik terpaksa berlindung di bangunan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) selepas menjadi sasaran lima tembakan gas pemedih mata.
Lega hati saya mendapat tahu beliau selamat selepas entah beberapa kali dihubungi.
Menteri
Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bagaimanapun berkata pihak polis
bertindak profesional ketika menangani episod huru-hara itu.
Hakikat
suasana sebenarnya amat mengelirukan kerana sesiapa sahaja di kawasan
Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar stesen LRT Masjid Jamek
dan Jalan Raja Laut berpotensi menjadi sasaran anggota seragam biru.
Emosi
manusia memang boleh mencapai tahap bahaya, jika ia dibiarkan didorong
oleh naluri keganasan haiwani kita dan hilangnya sikap peri-
kemanusiaan di kalangan kita.
Wartawan tersebut ialah Darwis Said yang bertugas dengan Berita Harian Singapura.
No comments:
Post a Comment