MALAYSIA KINI
Permohonan maaf itu berbunyi: "Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, beliau tidak berkata: ‘Kami tidak bersetuju bahawa Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan.’
"The Star telah tersilap mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan itu semasa laporan perdebatan beliau dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga dalam komentar oleh K Baradan di akhbar itu semalam.
"Kesilapan dalam terjemahan dan ulasan yang bertajuk ‘Semua gembar-gembur tetapi tiada kemuncak?’ itu amat dikesali. The Star memohon maaf bagi kesilapan itu."
Ini adalah penjelasan kedua berturut-turut dari harian milik MCA itu, sejak Isnin.
Walau bagaimanapun, dalam penjelasan yang pertama, akhbar itu hanya menyatakan kesilapan yang dilakukan tetapi tidak memohon maaf.
No comments:
Post a Comment