MALAYSIA KINI
Sebuah NGO anak muda hari ini menyeru orang ramai hadir berhimpun di Westport, Pelabuhan Klang petang esok bagi membantah dakwaan kapal dari Israel mempunyai akses dengan pelabuhan itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, seluruh rakyat harus bangkit membantah "hipokrasi" kerajaan yang didakwa membantu ekonomi Israel.
"Isunya kini rejim (Umno) bersifat hipokrit dalam isu ini dan sering memutar belit fakta dengan menuduh musuh politik Umno pula yang kononnya ada kaitan pro-Zionis dan seumpamanya," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
"Isu kedua pula rakyat malaysia harus ambil tanggung jawab kerana negara ini adalah antara negara utama membantu ekonomi Israel dan secara tidak langsung kita bantu menzalimi Palestin khususnya umat Islam.
Sebuah lagi NGO mesra PKR, JINGGA 13, semalam membekalkan "bukti" menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 mendakwa kapal Zim Atlantic yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.
Dalam kenyataannya hari ini, SAMM berkata, selain beberapa kumpulan NGO, antara pendiri utama perhimpunan ini ialah Dewan Pemuda PAS.
Mengulas isu itu, Badrul Hisham berkata, sehingga kini Umno terus membisu dan hanya membuat penafian dangkal semata berhubung isu itu.

No comments:
Post a Comment