Sunday, February 19, 2012

PRU 13 : PKR Akan Kemuka Calon Hujung Februari

Oleh Lizawati Madfa


HULU KLANG : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebaik selesai jelajah temurapat PKR ke seluruh negara yang akan diadakan pada 22hb hingga 24hb Februari ini.

Demikian beritahu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Skim Mesra Usia Emas di Taman Melawati pagi tadi.

"Kita dalam fasa terakhir untuk meneliti persiapan menghadapi Pilihanraya yang ke-13.

"Temurapat itu nanti melibatkan pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Pimpinan Pusat, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Angkatan Muda dan Wanita serta cabang-cabang Keadilan di seluruh negara," jelas Azmin.

Menurut Azmin lagi, program temurapat itu bertujuan untuk membincangkan persiapan terakhir parti termasuk strategi jentera dan gerak kerja selain mengemukakan calon-calon yang bakal bertanding mewakili PKR.

"Saya percaya selesai sahaja temurapat yang akan diadakan ini, Keadilan bersedia menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang," tegas Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.

11 comments:

Mohd Ishak said...

Pilihalah calon dengan cermat dan pastikan calon tersebut memenuhi syarat-syarat sebagai pemimpin yang baik.

Mohd Ishak said...

Setiap parti perlulah bersiap sedia melantik calon untuk mewakili parti masing-masing sebelum PRU-13.

Anonymous said...

nampaknya PKR dah bersedia untuk menghadapi PRU, kita tgklah senarai calon2 mereka nnti.

Anonymous said...

seperti biasa PKR akan berhadapan dengan krisis sebagai mana dalam pilihanraya sebelum ini.. pasti ada yang tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih kerana dalam PKR hanya Anwar sahaja yang berhak membuat keputusan..

Anonymous said...

saya harap kali ini, pemilihan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR lebih bersifat demokrasi..

Unknown said...

Bersemangat PKR menyenaraikan calon walaupun PRU tidak pasti bila akan diadakan.

Unknown said...

Sedangkan kita dengan PKR sendiri terbelah antara Azmin dan Azizah. Azmin merupakan pengikut setia Anwar. Tambahan lagi Azmin lebih berkelayakkan dalam presiden PKR berbanding Azizah.

Anonymous said...

satu persediaan yang bagus. harap2 masalah dalaman yang dialami dalam pakatan juga sudah selesai bagi menghadapi PRU-13 dengan lancar.

Anonymous said...

Kenapa bukan sekali dengan ahli2 komponen PR yang lain?

Scarlett said...

Good luck kepada calon yang akan bertanding. Niat berpolitik biarlah bersih ya.

TuhauBam said...

Tidak sabar mahu tahu siapa2 barisan calon untuk PKR. Tidak lama lagi tu.