MALAYSIA KINI
"Kami maafkan mereka, sesiapa saja yang bertanggungjawab
melakukannya. Lebih banyak mereka buat, lebih ramai orang akan membenci mereka (yang melakukannya)," kata ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng.
Lim melalui Twitternya melaporkan bahawa poster tersebut ditampal di seluruh TTDI pagi ini.
Sebuah gambar menunjukkan puluhan poster cetakan berwarna itu ditampal di papan iklan besar di tepi jalan dalam kawasan perumahan di situ.
Satu set menggambarkan Lim dengan kapsyen menggelarnya 'anti-Melayu', dan satu set lagi memaparkan potrait Ambiga yang juga pengerusi BERSIH, serta penyair dan sasterawan negara, Samad Said.
Sehubungan itu, Lim menggesa polis TTDI menyatakan secara terbuka mereka yang bertanggungjawab melakukannya kerana menurutnya, polis boleh dengan mudah mengenalpasti mereka melalui CCTV yang dipasang di TTDI baru-baru ini di bawah program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
No comments:
Post a Comment