Tuesday, January 4, 2011

PERKASA: Apa yang sensitif dalam Interlok?

MALAYSIA KINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mempersoalkan tindakan MIC dan NGO India yang membantah penggunaan novel Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Interlok sebagai teks sastera di sekolah atas alasan sensitif kepada masyarakat itu.

NONE"Apa yang sensitif? Kalau buku ditulis oleh sasterawan negara, apa yang nak bising? Ini negera asalnya Tanah Melayu," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali (kiri) melalui SMS kepada Malaysiakini.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, sepatutnya sensitiviti umat melayu dan pribumi yang perlu menjadi "asas dan pokok" untuk diambil kira.

Bermula dengan gesaan Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang mahukan Kementerian Pelajaran menarik balik Interlok, sebuah persekutuan kaum India pada 30 Disember lalu mengugut berdemonstrasi sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan buku itu sebagai bacaan wajib.

Dalam masa yang sama, kumpulan sasterawan, antaranya melalui Persatuan Penulis Nasional (PENA) pula menyifatkan "kejahilan" kumpulan itu timbul akibat tidak memahami konteks cerita itu ditulis.

indian plight forum 391106 uthaya shankarSementara itu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) - persatuan tunggal kaum India yang berkarya dalam Bahasa Malaysia - pula berpendapat untuk edisi murid, Interlok "wajib dimurnikan".

"Kavyan menerima novel itu seadanya sebagai karya sastera. "Cuma, bila jadi teks edisi murid, wajib dimurnikan agar sesuai dengan pelajar," kata presidennya Uthaya Shankar SB.

'Bencana intelektual' Sehubungan itu, cerpenis terkenal itu berkata, beberapa bahagian dalam novel itu yang antaranya melibatkan penggunaan perkataan tertentu yang "sensitif".

"Perlu buang/edit (perkataan) paria, kasta dan lain-lain yang sensitif dan mungkin menjadi bahan pelajar kaum India dipersenda rakan-rakan.

"(Isu ini) sama berat dengan isu 'pendatang'," kata Uthaya yang juga pemenang hadiah sastera perdana. k uthayasoorian peresident tamil foundationDalam perkembangan berkaitan, sebuah lagi pertubuhan India, Yayasan Tamil dijadual mengadakan sidang akhbar petang esok bagi menyatakan bantahan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya K Uthayasoorian berkata, mewajibkan novel itu terhadap pelajar tingkatan lima merupakan satu "bencana intelektual". Beliau juga mendakwa tindakan itu menafikan sumbangan sesuatu bangsa melalui "stereotaip negatif".

No comments: