SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor akan
melantik peguam pemerhati sepanjang berlangsungnya siasatan untuk menyiasat prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM ke atas mendiang Teoh Beng Hock.
Khalid berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Selangor .
Sebelum ini suruhanjaya yang ditubuhkan berhubung kematian Beng Hock diperluaskan peranan dan termanya apabila turut menyiasat punca kematian Beng Hock dan keadaan yang menyelubungi mangsa sehingga membawa kepada kematiannya.
Difahamkan ini kali pertama seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik mengetuai sebuah suruhanjaya siasatan.
Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas hal itu, Khalid memberi peringatan agar suruhanjaya yang ditubuhkan akan menjawab misteri kematian Beng Hock yang dikaitkan dengan institusi penting di negara ini.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 6 Januari lalu permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Beng Hock.
Koroner Azmil Muntapha Abas sebelum ini memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.
No comments:
Post a Comment