THE MALAYSIAN INDIDER
LABIS — Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman, bagi undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di sini hari ini, demikian diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil itu Md Asri Amir. Laporan Bernama menyebut, daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi.
Beliau turut mengumumkan satu kertas undi pos ditolak.
Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini petang ini.
Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru
No comments:
Post a Comment