Sunday, September 26, 2010

Muslim Sabah mahu daftar semula Usno


1 a karim_ghani_250_220 Oleh Joe Fernandez

KOTA KINABALU: Orang Islam tempatan berusaha memulihkan parti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (Usno) yang dibatalkan pendaftarannya pada 1993 yang disifatkan sebagai ancaman kepada Umno Sabah.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggunakan aduan 12 perwakilan yang didakwa bukan ahli parti sebagai alasan untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Protem presiden Usno 2006, Perais Sharif Baba memulakan usaha baru untuk mendaftar semula parti itu atas alasan parti itu bukan diharamkan.

Permohonan untuk mendaftar semula parti sejak Julai 2008 masih belum diluluskan selepas percubaan pertama ditolak oleh ROS tanpa memberi apa-apa sebab.

"Kami tidak nampak apa-apa sebab kenapa parti tidak boleh dihidupkan semula untuk meneruskan perjuangannya dan memelihara hak rakyat Sabah," kata Perais kelmarin.

Katanya, ini merupaka usaha kedua selepas yang pertama pada 2006 ditolak pada Julai 2008. Kami sedang menunggu keputusan selama dua tahun tanpa apa-apa berita.

Semua rayuan kepada ROS di Putrajaya kelihatan sunyi sepi. Mereka mensyaki Umno Sabah melobi menghalang pendaftaran semula Usno. Keyakinan ini berdasarkan fakta bahawa 95% bekas ahli Usno, kira-kira 100,000, kini menjadi ahli Umno Sabah.

Perais menegaskan tidak ada sebab ROS menolak permohonan untuk mendaftar semula Usno apabila malahan Umno yang diharamkan dibenarkan untuk didaftar semula sebagai Umno Baru. Selepas itu, parti ini dibenarkan pula untuk menyebut dirinya sebagai Umno," tambah beliau.

Beliau berkata, parti Usno tidak berpuas hati bahawa tiga parti yang membuat permohonan lebih lewat dari Usno – Parti Makkal Sakthi Malaysia, Parti Cinta Sabah dan Parti Sosialis Malaysia – diluluskan pendaftarannya oleh ROS.

No comments: