Jimadie Shah Othman & Hazlan Zakaria |
|
Sebaris komen dalam laman blog - yang bertanyakan sama ada Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia masih 'hidup' - memberikan tamparan hebat kepada presiden barunya Hata Wahari, menyebabkan "regim baru" itu bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan kebebasan media.
"Saya jawab, ya, gergasi sudah bangkit," kata Hata (
kiri) yang memendam hasratnya itu selama belasan tahun.
Dalam wawancaranya dengan
Malaysiakini semalam, wartawan Utusan Malaysia selama 15 tahun itu menafikan wadah perjuangan NUJ yang lantang memperjuangkan kebebasan seperti sekitar tahun 80-an telah padam.
"Ia sebenarnya tersimpan dalam sebuah peti, berkunci. Dan peti itu terletak di negeri Maghribi," katanya berseloroh.
1 comment:
Syabas ! Semoga akhbar di Malaysia bersinar dalam kebebasan yang tulin untuk memandu rakyat Malaysia.
Post a Comment