Monday, September 27, 2010

Adun PAS Galas meninggal, SPR ramal ada pilihanraya

FREE MALAYSIA TODAY

abdulazizspr KUALA LUMPUR: Adun Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kampung Baru di ibunegara kira-kira jam 4,25 petang ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkannya.

"Jenazahnya akan dibawa ke kampung halamannya di Gua Musang malam ini untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam twitter juga mengesahkan kematian Adun Galas tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu FMT, SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi memutuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Galas.

Beliau meramalkan pilihan raya kecil memandangkan tempoh masa dua pertiga daripada penggal pilihanraya umum lalu masih lagi belum berakhir.

"Saya baru dapat tahu tentang kematian Che Hashim sebentar tadi…maknanya setakat ini saya masih belum terima laporan rasmi tentang kematian daripada pejabat DUN negeri Kelantan.

"Hanya jika selepas itu, pegawai SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi menentukan keputusan sebarang pilihan raya.

"Mengikut teknikal, tempoh dua pertiga itu berakhir antara Mac hingga Mei 2011, jadi masih ada masa untuk kita adakan pilihan raya kecil," katanya.

Che Hashim memenangi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN) dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman dari Umno.

No comments: