Wednesday, September 29, 2010

TPM: BN ada peluang 50:50 rampas DUN Galas

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan keyakinan Umno-BN mempunyai “peluang 50:50” untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya SPR dijadual bermesyuarat dalam waktu terdekat untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi BN ini menjangkakan saingan sengit daripada PAS yang memenangi kerusi itu dua tahun lalu.

“Kami ada rekod (di Galas). Kami pernah menang dan pernah kalah, jadi peluang adalah 50:50,” kata beliau lagi.

Sambil berkata BN tidak akan memandang mudah, Muhyiddin berkata: “Kami akan meletakkan calon terbaik, yang akan diputuskan oleh pucuk kepimpinan.”

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, calon Umno akan datang dari bahagian Gua Musang sendiri dan berharap ketuanya Tengku Razaleigh Hamzah akan memastikan kemenangan parti.

Kerusi itu kosong ekoran kematian Che Hashim Sulaima dari PAS semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala BN pula enam di DUN Kelantan.

Tengah hari tadi, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub percaya bahawa parti Islam itu akan terus menerajui kerusi Dewan Undangan Negeri Galas dengan memenangi pilihan raya kecil kali ini.

Beliau berkata bahawa selama ini partinya sudah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi pilihan raya umum dan jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

14 comments:

Anak Sabah said...

Selamat berjuang.

Anonymous said...

kedua-dua parti sama ada BN atau PR mempunyai peluang untuk memenangi kerusi tersebut. segalanya terpulang kepada rakyat di kawasan berkenaan untuk memilih siapa yang mereka rasa layak.

Anonymous said...

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat ada membuat kenyataan meminta supaya BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas.. kenyataan tersebut mungkin sebagai gambaran bahawa PAS telah hilang sokongan di kawasan tersebut.

Anonymous said...

masing2 ada peluang untuk menang, apapun biar rakyat yang menentukan.

Hamdan Hadillah said...

Semoga berjuang dengan cara yang bersih. Supaya PR berpuas hati.

Logop said...

Pastikan bersaing secara adil dan bersih. Apa2x pun selamat berjuang!

Hosie Masie said...

50:50 satu pelung hanya setapak lagi untuk menang. tingkatkan usaha untuk memberikan sesuatu yang berfaedah kepada rakyat.

Jason said...

May the best man win!

Leo said...

Rakyat hanya undi mereka yang benar2x ikhlas membantu rakyat.

azman said...

peluang untuk parti yang bertanding adalah lebih kurang sama. segalanya terpulang kepada rakyat untuk memilih parti yang terbaik untuk mereka.

Anonymous said...

rakyat yang menentukan parti mana akan menang, apapun, bertandinglah dgn cara baik.

Anonymous said...

Buat yang terbaekkk!!!

kb girl said...

Walau kurang dari itu BN harus bertanding.

polemic said...

well, what i can say is this is a "save" statement by giving a pretty much a "save" target...which means BN has learn from the past experience that overconfident is not a good policy when facing a by-election...Remember Sibu?

hopefully BN will going to nominate a right candidates so that they can win the by-election...it will going to give a huge moral boast for the coming GM...