BULETIN ONLINE
Umno/BN Cabar Rakyat Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu meluluskan 20 lesen karaoke baru disifatkan sebagai mencabar selujruh rakyat, menghina umat Islam dan agama Islam di negeri ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan itu kerana kelulusan lesen karaoke tersebut bukan dalam lingkungan bandar.
"Dalam beberapa persidangan (DUN) yang lalu, saya pernah tanya, bahkan termasuk YB Batu Burok tanya dalam sidang yang lepas, berapakah jumlah karaoke yang telah diluluskan di pernigkat negeri Terengganu ini, dan kita telah melihat maklumat itu sudah (ada) banyak karaoke, bahkan 100 lebih kalau tak silap saya karaoke yang telah diluluskan di seluruh negeri,
"yang banyak (di) Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Kemaman, bahkan kita persoalkan kenapa di Besut, dalam suasana masyarakat disitu yang dekat dengan Islam, yang rapat dengan Islam, bukan bandar sekalipun, kenapa kerajaan luluskan?,"soal Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung.
Menurutnya persoalan isu pemberian lesen karaoke lebih mengejutkan apabila Umno/BN berani meluluskannya di waktu masyarakat sedang berpuasa di bulan Ramadan dan kemudian menyambut Syawal.
"Umno meluluskan 20 lagi karaoke, dalam erti kata seolah-olah mencabar rakyat negeri Terengganu, adakah rakyat Terengganu akan (berani) membuat perubahan dalam pilihanraya yang akan datang?,"ujarnya.
Katanya, Umno/BN Terengganu menganggap seolah-olah suasana yang ada pada hari ini, rakyat Terengganu tidak akan berani untuk buat perubahan dengan sebab rakyat Terengganu hari ini dipancing undi dengan sogokan duit yang banyak.
"sogokan duit raya, duit ehsan yang dibuat (diberi) kurma dan pakaian sekolah, maka (MB Dato' Seri) Ahmad Said dengan Umno/BN dengan beraninya menganggap rakyat Terengganu tidak berani membuat perubahan walaupun meluluskan 20 karaoke baru, dan menghina umat Islam, menghina Islam sendiri,"tegasnya
Oleh itu, beliau menyeru kepada seluruh anak-anak muda negeri Terengganu supaya bangkit melakukan perubahan, bagi mengajar umno bahawa umno cuba mengejek islam dan rakyat negeri Terengganu.
"Jadi saya menyeru kepada anak-anak muda supaya melakukan perubahan kali ini, bagi mengajar Umno bahawa Umno cuba mengejek Islam dan rakyat negeri Terengganu,
"InsyaAllah lusa, hari Ahad, (26 Sept) kita (Dewan Pemuda) akan mengadakan mesyuarat, kita akan buat satu tindakan, sama ada kita kerah semua anak-anak muda (atau kita akan) bertemu dengan anak muda dan rakyat untuk memaklumkan bahawa inilah sikap Umno yang rakus,"jelasnya.
Justeru, menurutnya, rakyat perlu sedar bahawa Umno bukanlah membela islam, namun sebenarnya mereka meghina umat Islam dan menjatuhkan maruah rakyat negeri Terengganu.
No comments:
Post a Comment