Sabtu, 2 Januari 2021

Kantoi !!! Inilah 10 Syarikat Pengimport Daging Ke Malaysia

malaysiapolitik.com

 

 Memandangkan lambat sangat Kerajaan Malaysia dedahkan list syarikat-syarikat pengimport Lembu dan Daging Kerbau ke Malaysia, jadi saya kongsikan sedikit Maklumat yang saya ada.

Jadi saya sempat membuat sedikit pembacaan, kajian dan ada berberapa penemuan menarik untuk di kongsikan bersama dengan semua Muslim di Malaysia.

Nilai import Daging dan produk berkaitan Daging ke Malaysia lebih kurang 210,000mt bersama nilai RM3.2 Billion iaitu hampir 80% keperluan Negara.

20% sahaja Daging mentah dalam Negara dikeluarkan oleh penduduk tempatan, itupun ada yang import lembu hidup untuk disembelih.

 Majoriti Daging Beku ini datang dari India, Australia, New Zealand dan Brazil. Rujuk Carta Pai

 Nama 6 syarikat utama pengimport Lembu Hidup ke Malaysia. Rujuk Graf 41

Nama 7 syarikat pengimport Daging Beku ke Malaysia. Rujuk Graf 42

Nama 10 syarikat Utama Daging Beku ke Malaysia. Rujuk Jadual 17

4 Negara Asal Daging Beku dan Jumlahnya ke Malaysia. Rujuk Cartai Pai 29

Maklumat ini hanya disiarkan tanpa prejudis, saya hanya memaparkan maklumat yang boleh di cedok dari website dan Jabatan-Jabatan rasmi Kerajaan.

Syarikat mana yang terlibat dalam Import Daging Haram? Syarikat Mana yang jadi KARTEL? Itu saya tidak nyatakan.

Tapi list semua syarikat utama saya lampirkan untuk rujukan Muslim di Malaysia. Jadi ia bukan fitnah.

Saya sekadar memenuhi tangungjawab agama saya, untuk mencari Sumber Makanan yang Halalan Toyibban dan sebagai Fardhu Kifayah kami yang beragama Islam untuk membuat pilihan menyediakan Makanan Halal bagi orang Islam.

Amat menyedihkan kerana JAKIM sekali pun tidak mampu membendung kartel daging yang bertapak di Malaysia ini.

 Akhir kata; adakah syarikat yang import itu semua syarikat Muslim? Adakah semua Daging yang dimport semua Halal? Kena ada task force siasat.

Nak bersama-sama saya cari maklumat jomlah.

Jika ia membantu maka sebarkan ya. Terima kasih.

(*) FB: Syam Ghaz

Tiada ulasan: