Sabtu, 7 Disember 2013

Zahid Hamidi gesa Mat Sabu ditahan kerana amal Syiah

OLEH MOHD FARHAN DARWIS DAN AMIN ISKANDAR


Aksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2013.Aksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.
























Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara.

Dalam Muktamar PAS ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden selepas menewaskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam reaksi awalnya, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Ahmad Zahid itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: