SELANGOR KINI
SHAH ALAM : Wartawan Malaysiakini disekat daripada membuat
liputan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya berhubung
pendedahan isu Syiah melibatkan pemimpin Timbalan Presiden PAS Mohamad
Sabu hari ini.
Menurut portal Malaysiakini, wartawannya serta kiniTV yang hadir ke Kompleks D1, Putrajaya hari ini diminta agar tidak naik ke sesi taklimat dan sidang media oleh ketua setiausaha KDN petang ini dengan alasan arahan menteri.
Penyambut tetamu di lobi pintu masuk KDN berkata, larangan ke atas Malaysiakini bermula sejak Datuk Seri Abdul Zahid Hamidi memegang jawatan berkenaan.
Malaysiakini juga tidak dibenarkan membuat liputan di Kementerian Pertahanan pada zaman pentadbiran Ahmad Zahid di situ sebelum ini.
Ini sama sekali berbeza dengan zaman jawatan menteri dalam negeri dipegang Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Malaysiakini malah dibenarkan membuat liputan program di Kementerian Pertahanan yang dipegang Hishamuddin selepas pilihan raya umum lalu.
Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh dan naib presiden Umno itu juga dilihat beberapa kali ‘berseteru’ dengan portal itu termasuk memberi ‘amaran’ kepada wartawan Lawrence Yong untuk tidak memutarbelitkan kata-kata beliau dalam sidang media dua bulan lepas.
Sebelum ini, seorang wartawan meja bahasa Cina Malaysiakini turut dihalang dari membuat liputan di bangunan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan