Jumaat, 20 Disember 2013

Tak perlu universiti pertanian baru, kembalikan peranan UPM

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, kerajaan tidak perlu mewujudkan Universiti Pertanian Agropolitan kerana ia merupakan pembaziran.

upm

Menurutnya, negara mempunyai sebuah universiti yang sesuai untuk tujuan tersebut iaitu Universiti Putra Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.

“Tak perlulah nak membazir untuk bina universiti baru. Kita telah ada UPM. Disana kemudahannya cukup. Ada tanah yang luas untuk menjalankan pelbagai kajian berkaitan dengan pertanian.

“Cuma kesilapan kerajaan yang sebelum ini tidak mahu terus memperkasakan universiti tersebut sebagai intistusi yang menumpukan kepada bidang pertanian dianggap sesuatu yang merugikan,” kata Abbas kepada Keadilandaily.

“Kerajaan boleh mengembalikan fungsi UPM sebagai pusat perkembangan dan pengajian berkaitan pertanian,” jelas Abbas lagi.

Abas_AwangTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini menjelaskan semasa sidang Dewan Negara bahawa keperluan mewujudkan semula instistudi pertanian merupakan langkah terbaik bagi menjalankan penyelidikan serta pembangunan teknologi terkini untuk memajukan bidang pertanian.

Abbas (gambar) yang kurang bersetuju dengan cadangan pembinaan bangunan Universiti baru berkata, subjek yang berkaitan dengan pertanian harus dikembalikan kepada UPM bagi mengembalikan semula kegemilangan universiti tersebut.

“Pertanian elok dikembalikan kepada UPM. Kemudian bila sudah kukuh, baru boleh difikirkan untuk mendirikan kolej-kolej lain berkaitan dengan pertanian ini di negeri-negeri lain,” katanya.

Tiada ulasan: