MSTAR ONLINE
KUANTAN: Beberapa suspek yang dipercayai mempunyai
kaitan dengan ajaran sesat 'Tuhan Harun' akan didakwa di Mahkamah
Majistret Kuantan, Isnin ini, atas tuduhan membunuh Ketua Penguat Kuasa
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik pada 10 November
lepas.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan perkara itu dan berkata, mereka akan menghadapi pertuduhan membunuh Mohd Raffli, 49, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Isnin ini (dakwaan) akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan, tunggu dimahkamah, mereka akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikanbantuan kepada anggota polis yang terbabit banjir di sini, Jumaat.
Dalam laporan sebelum ini, polis mengesahkan suspek yang menembak mati KetuaPenguat Kuasa JAIP itu adalah antara 15 anggota kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan di seluruh negara baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, siasatan terperinci ke atas semua tahanan terbabit mendapati seorang daripada yang ditahan itu dipercayai suspek yang menembak mangsa, selain pistol yang dirampas juga berpadanan dengan jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan.
Mohd Raffli ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya dan kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan