Jumaat, 6 Disember 2013

Suara Keadilan 150 terbit, terus bongkar penyelewengan BN

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Suara Keadilan edisi terbaru terus tampil menyuarakan hasrat rakyat berhubung pelbagai tekanan dihadapai mereka sejak Umno BN ‘menang’ lagi pada 5 Mei lalu.

Antara isu utama ialah kenaikan tarif elektrik menccah 15 peratus menyebabkan lonjakan berangkai harga barang.

Selain itu, pendedahan saham kroni terkaya Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dalam Bernas selain rancangan Bersih untuk mengadakan himpunan lebih besar pada tahun depan.

sk150

Turut dimuatkan ialah laporan mengenai harga gula yang bakal naik walaupun subsidi barangan itu sudah pun dimansuh.

Suara Keadilan edisi ke 150 ini juga menampilkan muka depannya kenyataan tegas ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung langkah Pakatan Rakyat mengadakan himpunan membantah kadar Cukai Taksiran pada 16 Disember ini.

Akhbar Suara Keadilan diterbitkan setiap minggu, 32 muka surat penuh dengan maklumat, pendedahan dan laporan aktiviti Parti KEADILAN Rakyat  selain isu-isu politik di seluruh negara.
Untuk tempahan sila hubungi talian 03-92211045 atau faks ke 03-92212045.

Sebarang pemakluman program dan kenyataan media, boleh menghubungi kami melalui emel skeadilan@gmail.com.

Berita dan aktiviti parti KEADILAN juga boleh diikuti melalui versi online di laman twitter dan facebook.

Tiada ulasan: