Bedah siasat ini membabitkan 222 kawasan
parlimen dan 505 kerusi negeri dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan
Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti lapan kelemahan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei lalu.
Lapan kelemahan itu bersangkut paut dengan taklimat dan latihan kepada pegawai pilihan raya, hari penaman calon, tempoh resmi berkempen, pengurusan kertas undi pos, hari pengundian, proses pengiraan undi, penjumlahan rasmi undi dan penggunaan dakwat kekal.
Bedah siasat SPR ini membabitkan 222 kawasan parlimen dan 505 kerusi negeri dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar secara serentak mulai 19 Jun hingga 15 Julai lalu.
Ia turut melibatkan ahli-ali panel SPR serta wakil polis dan tentera, kata Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan media hari ini.
Perincian kelemahan adalah seperti berikut:
- Latihan terlalu awal dari tarikh pilihan raya, latihan dalam kumpulan yang besar, kurangnya latihan berbentuk amali terutama berkaitan mengisi borang pilihan raya, perubahan proses dan prosedur serta undang-undang.
- Pengawai Pengurus Pilihan Raya sukar mengesan status bermastautin kerana kebanyakan calon tidak tinggal di alamat berkenaan serta sukar mengesan status muflis dari Jabatan Insolvensi.
- Pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya sukar memantau kerana kawasan yang luas berbanding berbading ahli selain selain wakil calon/parti tidak hadir atau tidak faham peranan mereka.
- Kekurangan anggota polis pengiring dari lokap ke pejabat pegawai pengurus pilihan raya.
- Terlalu banyak saluran pada pusat mengundi menyebabkan pengundi bercampur antara satu tempat dengan tempat pengundi yang lain, kertas undi yang dilipat terbuka setelah dimasukkan ke dalam peti undi.
- Kekeliruan ketua tempat mengundi dalam pengisisan boran 13 dan 14, ejen parti tidak faham istilah undi ditolak dan terdapat dakwaan ketua tempat mengundi memutuskan undi ragu mengikut kehendak ejen-ejen parti.
- Lewat mengumumkan keputusan oleh pusat penjumlahan undi rasmi.
- Pelaksanaan tata cara yang tidak dijelaskan dengan terperinci, dakwat hilang apabila dicuci dan dakwat lambat kering sehingga terkena kertas undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan