Ahad, 1 Disember 2013

Speaker: ADUN patut guna dewan untuk sokong atau bantah usul

ELANGOR KINI


SHAH ALAM : Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengingatkan ahli dewan supaya menggunakan peluang berbahas kenaikan gaji ketika dewan bersidang, bukannya di luar.

Beliau turut membantah mana-mana pihak yang mempertikai kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), exco, Speaker dan Timbalan Speaker DUN Selangor.

1234

Memetik The Malaysian Insider, Hannah Yeoh berkata, usul berkenaan sudah dibahas ketika sidang dewan dan peluang terbuka kepada mana-mana ahli dewan.

“Saya sudah ingatkan kepada ahli dewan BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat) untuk gunakan peluang berkenaan. Dewan perlu dihormati sebagai sebuah institusi.

“Saya semak hansard dan jelas Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kata kenaikan itu hanya dilaksanakan jika mendapat persetujuan ahli dewan dari BN dan PR,” katanya pada sidang media di DNS di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa agar kadar kenaikan gaji berkenaan dikaji semula kerana ia terlalu tinggi.

Beliau bagaimanapun tidak membantah usul berkenaan walaupun hadir sidang dewan dan hal itu didedah seorang Exco Selangor, Teng Chang Kim.

Mohamed Azmin yang juga yang juga Adun Bukit Antarabangsa, ketika ditemui hari ini bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.- FZL

Tiada ulasan: