Jumaat, 6 Disember 2013

Perhimpunan Umno abai isu keselamatan negara

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih banyak membahaskan mengenai pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa berbanding isu keselamatan negara, kata Naib Presiden KEADLAN, Nurul Izzah Anwar.

Beliau merujuk pendedahan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tentang sogokan wang melibatkan Peguam Negara.

“Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan.

Mat Zain dalam perakuan bersumpahnya mendedahkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail menerima sogokan wang sehingga keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak memihak kepada Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007.

PAU

Nurul Izzah turut membangkitkan ancaman penjajahan baru dalam bentuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), pencerobohan dan penculikan di Sabah selain pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing.

“Negara asing seperti Amerika Syarikat dan Singapura sedang aktif mengintip Malaysia bukan sahaja perlu dibahaskan, malah dikecam sekeras-kerasnya,” kata Nurul Izzah.

“Umno tidak boleh lari daripada memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut.

“Buktikan parti yang berumur 25 tahun itu bukan hanya menumpukan kepada pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa kepada golongan-golongan terpilih sahaja,” kata Nurul Izzah.

Tiada ulasan: