Jumaat, 20 Disember 2013

Peniaga kecil terpaksa kenakan GST untuk elak rugi

KEADILAN DAILY

rafizi_mpaj_GST2 - Copy


PANDAN : Peniaga berskala kecil terpaksa mendaftar sebagai perniagaan yang mengenakan GST kepada Jabatan Kastam bagi membolehkannya menuntut kredit barang daripada pengedar dan pengilang besar.

Menurut Rafizi cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dibayar balik (refund) kepada peniaga atas barangan yang dibeli diistilahkan sebagai ‘kredit GST’.

“Ini bagi membolehkan peniaga mendapat ‘kredit GST’ daripada Jabatan Kastam.

“Jika peniaga tidak menuntut kredit GST tersebut, mereka akan rugi,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam taklimat ‘Fahami GST, Tolak GST’ di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

“Syarikat atau perniagaan yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM 500,000 setahun wajib mendaftar untuk mengenakan GST,” tambahnya.

Namun menurut Rafizi, perniagaan yang jualannya kurang daripada RM 500,000 turut mengenakan GST.

“Kerajaan mengutip cukai GST daripada pengedar dan peniaga,” katanya.

Tiada ulasan: