Selasa, 3 Disember 2013

Penagih dadah hantar ke Pusat Serenti, Penagih rasuah hantar ke mana?

Di Semenanjung Malaysia ada 12 negeri bernaung di bawah Persekutuan Tanah Melayu dan sebelas darinya mempunyai kerajaan-kerajaan negeri masing-masing dengan legislatifnya sendiri. Masing-masing negeri mempunyai identitinya sendiri dan boleh dilihat perbezaan dari satu negeri dengan satu negeri yang lain dalam banyak bidang.

Diantara banyak negeri-negeri itu ada sebuah negeri yang dinamakan Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri ini agak lain dari yang lai kerana akhir-akhir ini tidak banyak lagi bangunan yang selamat untuk di masuki dan di duduki. Ini di sebabkan acapkali kita mendengar berita yang atap dan bumbung bangunan di negeri ini mudah runtuh dan ia amat merbahayakan orang ramai.

Yang terakhir ialah kejadian dalam mana bumbung Kolej Universiti Tati, di Teluk Balung runtuh walaupun ia baru sahaja di gunakan selama 14 bulan. Selepas ini tidak tahu pula kita bangunan mana pula yang akan runtuh. Kejadian bumbung runtuh ini sudah sinonim dengan Negeri Terengganu dan tidak siapa yang tahu kenapa ia hanya banyak berlaku di Negeri Terengganu.

Dalam tahun ini juga sudah tiga kejadian bangunan runtuh dari keruntuhan bangunan masjid hingga ke Pusat Pengajian Tinggi. Di Asia Utara ada sebuah negeri, iaitu Bangladesh yang sering menghadapi bangunan runtuh yang melibatkan nyawa ratusan rakyat. Tetapi di negara itu bangunan-bangunan yang runtuh itu adalah bangunan yang sudah beratus tahun usianya. Tetapi di Terengganu usia Universiti Kolej itu hanya 14 bulan. Maka bayangkanlah betapa teruknya tahap keselamatan rakyat di negeri itu hanya di sebabkan ada permainan jahat dan rasuah yang tidak terbendung dalam negeri itu.

Jika bangunan yang hanya berusia 14 bulan boleh runtuh bumbungnya bagaimanalah agaknya tahap keselamatan di bangunan yang berusia lebih lama dari itu? Ini sudah pasti berpunca datri tindakan ‘cutting corners’ yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor binaan yang ingin mendapatkan keuntungan lebih bagi menyediakan wang ‘kick-backs’ yang perlu di bayar kepada yang berkuasa dengan projek itu.

Nampaknya rakyat terpaksa duduk dan tinggal di padang-padang yang luas bagi mengelak dari menghadapi risiko di hempap bumbung yang rapuh di negeri itu. Bangunan dan rumah kediaman adalah pelindung kepada manusia dari di timpa hujan dan menghadapiribut dan taufan serta tempat duduk bersenang-senangan denga kaum keluarga kesayangan kita. Jika bangunan tempat kita hendak berlindung pun tidak selamat bagi manusiam di mana lagi manusia hendak mendapatkan perlindungan?

Itulah sebabnya blog ini tidak pernah jemu menyebut rasuah sebagai musuh umat no satu di dunia ini. Rasuah boleh menjahanamkan negara dan temaddun manusia. Rasuah tidak akan mendorong sesiapa termasuk pemimpin membuat keputusan dengan betul. Selalu di sebutkan yang mereka yang rasuah itu adalah mereka yang memakan daging saudaranya sendiri.

Rasuah akan merosakan segala-galanya. Tidak ada tindakan rasuah yang boleh membantu membuat kebaikan selain dari memberikan keuntungan kepada pemipin yang ‘evil’ yang serupa dengan syaitan yang bersalutan muka dan tubuh manusia. Syaitan itu dikatan oleh agama kita sebagai musuh yang nyata. Jika Perdana Menteri yang rasuah maka Perdana Menteri itu adalah musuh kita. Jika isterinya menggunakan kuasa dan pengaruh menjahanamkan negara kita maka isterinya itu adalah musuh semua.

Begitu juga rasuah itu dilakukan oleh pegawai kerajaan dan perlaksana dasar maka mereka wajib di musuhi dan jika Menteri Besar melakukan rasuah elok sahaja mereka di tolak dengan serta merta. Rakyat perlu sedar betapa bahayanya mereka jika dipimpin oleh pelaku rasuah tegar.

Rasuah ini merupakan satu ketagihan yang sangat susah untuk di ubati. Jika penagih dadah di masukan kedalam pusat serenti untuk di pulihkan boleh kah tuan-tuan beri tahu di manakah kita perlu hantarkan mereka yang rasuah untuk dipulihkan? Saya tidak mempunyai apa-apa ‘idea’ di mana mereka yang rasuah ini patut dihantar untuk memulihkan mereka.

Kata orang tiada penyakit yang tidak boleh di ubati. Tentunya penyakit ketagihan rasuah ini tentu ada jalan untuk di ubati. Hanya saya belum jumpa jawapannya. Mungkin saudara-saudari yang membaca tulisan ini boleh memberikan cadangan atau setidak-tidaknya jawapan kepada persoalan saya tadi.

UMNO pun kata parti itu menolak rasuah, tetapi kenapa rasuah berlaku dengan hebatnya di bawah tadbiran parti itu?

Oh ya, mungkin Uztaz Kazim boleh membersihakn UMNO ini dari rasuah, kerana orang yang beragama tidak berkompromi dengan rasuah (he..he).

Kalau si jahil seperti saya dan mungkin sebahagian dari anda yang tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat, masakan Uztaz Kazim tidak mampu membersihkan UMNO dari masalah ketagihan rasuah dikalangan pimpinan negara kita.

Tiada ulasan: