Khamis, 19 Disember 2013

Adun & MP KEADILAN Pahang siap sedia gelombang kedua banjir

Oleh: Basyar Abkadir


KUALA LUMPUR : Ahli parlimen dan Adun KEADILAN Pahang telah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku minggu ini.

“Untuk gerak kerja awal persediaan menghadapi gelombang kedua, jawatankuasa tindakan telah dibentuk,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Cheah Chung.

kuantan banjir

Katanya, terdapat beberapa perkara yang harus diberikan tumpuan bagi menghadapi gelombang banjir kedua.

Lee berkata, empat kawasan yang berisiko banjir ialah Cenderawasih, Bukit Setongkol, Kampung Tiram dan Taman Impianku, semuanya dalam kawasan Semambu dan ia berhampiran kawasan sungai.

Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) , gelombang kedua akan berlaku pada 22 Disember depan.

fuziah

Sementara itu, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan kerosakan yang berlaku akibat banjir kerana kebanyakan rumah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung merosakkan keseluruhan harta benda.

“Banjir teruk menjejaskan kira-kira 20 taman perumahan, termasuk rumah-rumah kampung dan setinggan sepanjang jalan berhampiran fly over Batu 6 Kuantan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Rahman menyatakan air di kawasannya sekarang sudah surut, namun banyak yang terjejas akibat banjir.

dato fauzi 1

“Buat masa sekarang air sudah surut. Tetapi banyak kawasan yang terjejas kerana ada rumah yang roboh.

“Kebanyakan kawasan sekarang terlalu kotor dan sampah sarap banyak kelihatan.

“Sekarang ini kerja-kerja ditumpukan kepada pembersihan dilakukan bersama oleh penduduk, pihak berkuasa tempatan dan NGO,” kata Fauzi.

Jabatan Meteorologi dalam ramalannya menyatakan gelombang hujan lebat monsun kedua boleh mengakibatkan banjir di Pahang, Terengganu dan Johor mulai 18 Disember sehingga 22 Disember 2013.

Tiada ulasan: