Ahad, 15 Disember 2013

MB jamin tidak lindungi sesiapa, alu-alu siasatan SPRM kes curi pasir

Oleh : Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan mengenai laporan kecurian pasir di Sungai Long, Hulu Langat yang dilaporkan media.

2 (3)

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri akan mendapatkan laporan lengkap dari semua jabatan dan agensi yang berkenaan bagi menjalankan siasatan dalaman.

“Kerajaan Negeri juga mengharapkan siasatan profesional dilakukan SPRM dan jaminan tidak akan memberi perlindungan kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada di peringkat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) atau Pejabat Tanah Daerah (PTD),” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti mengamalkan gejala rasuah kerana iktizam kerajaan negeri adalah menggalas amanah rakyat secara telus dan bertanggungjawab.

“Oleh kerana itulah, anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk KSSB telah diarah melaksanakan Integrity Pact dengan kerjasama Transparency International bagi meningkatkan kecekapan dan mengelak risiko berlakunya rasuah,” kata Abdul Khalid.

Tiada ulasan: