Ahad, 8 Disember 2013

Mangsa banjir Terengganu terus meningkat

SELANGOR KINI

KUALA TERENGGANU  : Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu terus meningkat kepada 22,391 orang pagi ini, berbanding 22,040 orang malam tadi.

BERNAMA melaporkan, portal Majlis Keselamatan Negara memperlihatkan peningkatanberlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan jumlah mangsa 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga, sebelum ini.

Banjir Kuantan 2

Bagaimanapun, tidak berlaku peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu (6), Hulu Terengganu (19) dan Marang (26).

Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu ke Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan pada umumnya paras air semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya, pagi ini.-NFN-

Tiada ulasan: