Sabtu, 7 Disember 2013

Liwat II: SD Mat Zain diguna untuk singkirkan pendakwa


MALAYSIA KINI
 
 
 
Akuan Berkanun (SD) bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dijadikan sandaran untuk permohonan baru untuk menghilangkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada rayuan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang berkata, semalam, Messrs Karpal Singh & Co semalam memfailkan permohonan itu bagi pihaknya bagi menyingkirkan Shafee yang mengetuai rayuan pasukan pendakwaan.

NONE"Alasan untuk permohonan baru ini terdapat dalam afidavit yang disediakan dan difailkan saya, berdasarkan pendedahan Mat Zain dalam SD pada 7 Oktober 2013 dan pendedahan pada umum pada 2 Disember 2013," kata Anwar.

Dalam kenyataannya, Anwar (kanan) berkata, pendedahan mengejutkan bahawa Shafee mengetahui dakwaan penglibatan peguam negara dalam memalsukan bukti dan lain-lain, membangkitkan persoalan tentang peranannya.

Permohonan sama Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 21 November lalu ditolak dengan alasan peguam negara mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pendakwa.

Tiada ulasan: