Selasa, 17 Disember 2013

K’jaan digesa gantung khidmat AG sebaik siasatan di Hong Kong dibuka

Masdar Wahid


gani_patail


PETALING JAYA : Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Peguam Negara (AG) Tan Seri Abdul Gani Patail perlu digantung tugas sebaik kertas siasatan terhadapnya dibuka pihak berkuasa Hong Kong.

Menurut Rafizi laporan dan permohonan rasmi telah dibuat kepada Setiausaha Keadilan Hong Kong, Rimsky Yuen dan Pengarah Pendakwaan Awam, James To bagi menyiasat pendedahan wang sogokan yang dimasukkan ke akaun Gani di Hong Kong.

“Setakat pengetahuan saya mengenai pihak berkuasa Hong Kong, mereka berkuasa menyiasat urusniaga pemindahan wang ke akaun di negara itu jika disyaki melibatkan rasuah atau penggubahan wang haram.

“Saya percaya jika siasatan dapat dimulakan di Hong Kong kerajaan Malaysia tiada pilihan kecuali respon mengenainya termasuk menggantung perkhidmatan Gani sehingga siasatan di negara itu selesai,” katanya lagi.

Rafizi berkata, maklumat berhubung pendedahan tersebut tidak akan diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan suruhanjaya anti rasuah Hong Kong.

Ini ekoran prestasi mengecewakan ‘kerjasama’ kedua agensi itu dalam kes penggubahan wang haram melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum ini.

Tiada ulasan: