Sabtu, 7 Disember 2013

KEADILAN bantah permohonan peguam Utusan ketepi Surendran

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: KEADILAN membantah permohonan Utusan Malaysia untuk mengenepikan N Surendran sebagai peguam mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peguam Utusan guna alasan, kalau dia (Surendran) naib presiden, anak guamnya (Anwar) sebagai Ketua Umum.

“Alasannya, situasi yang berlaku ada kepentingan peribadi,’ kata Ketua Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya (gambar) kepada Keadilandaily.

Latheefa_Koya

“Alasan ini tak masuk akal, sebab saya pun ahli MPP (Majlis Pimpinan Pusat) KEADILAN,” tambahnya.

Pada 4 Mac 2013, Anwar menyaman Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkannya dalam isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Utusan pagi ini diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun memfailkan permohonan mengenepikan Surendran atas alasan beliau merupakan Naib Presiden kepada parti KEADILAN, manakala TV3 diwakili peguam Lim Qi Shi.

Menurut Latheefa, kes tersebut akan didengar pada 25 Februari, manakala perbicaraan pada 14 dan 15 April 2014.

“Kita akan jawab dulu afidavit, Tapi sebelum itu, kita akan bantah permohonan peguam Utusan ini,” katanya.

Tiada ulasan: