Isnin, 23 Disember 2013

Himpunan Rakyat 31 Disember: SAMM tubuh pusat gerakan

Oleh Ain Ismail


KUALA LUMPUR - Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata Pusat Gerakan (Command Centre) akan ditubuhkan dengan kerjasama sekumpulan peguam sempena Himpunan Rakyat malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka.

SAMM

“Pusat Gerakan akan ditubuhkan untuk golongan anak muda dan aktivis dalam masa terdekat, ” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Kata Edy, pasukan penasihat undang-undang akan diwujudkan dengan kerjasama beberapa peguam dan beliau turut menggalakkan mana-mana termasuk sukarelawan perubatan menghubunginya untuk menyelaras bantuan.

“Pasukan peguam akan bekerjasama untuk menentukan bagaimana untuk masuk ke Dataran dan memberi arahan tertentu kepada mereka terlibat melalui bantuan mengenai undang-undang himpunan,” katanya.

Protes Rakyat akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Selasa, 31 Disember jam 10 malam bagi membantah kenaikan puluhan harga barang dan perkhidtmatan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barasg naik.

Manakala Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, 2014 merupakan ‘tahun demonstrasi’ dan menyasarkan hari buruh 1 Mei 2014 sebagai himpunan raksasa membantah kenaikan harga barang.

Tiada ulasan: