Selasa, 17 Disember 2013

Harga padi diselaras tahun depan

MALAYSIA KINI


Kerajaan akan menyelaras harga jualan padi di seluruh negara tahun depan selain mengkaji beberapa pindaan dalam sektor pertanian negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Yaakob.

Beliau berkata perkara itu bertujuan menyeragamkan harga jualan padi kepada peraih.

NONE"Perbincangan masih dijalankan dan inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada petani untuk meningkatkan pengeluaran padi," katanya pada majlis makan malam dan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Zainal Dahalan dan Pengerusi NAFAS Datuk Seri Saipol Bahri Suib.

Ismail Sabri juga mengingatkan para petani untuk mengoptimumkan pengeluaran padi negara memandangkan permintaan domestik yang semakin meningkat tetapi keluasan kawasan tanaman padi yang dijangka semakin berkurangan iaitu daripada 444.3 ribu hektar pada 2010 kepada 368.2 ribu hektar pada tahun 2020.

Permintaan beras negara dijangka meningkat daripada 2.3 juta tan metrik pada 2010 kepada 2.69 juta tan metrik pada 2020, katanya.- Bernama

Tiada ulasan: