Khamis, 19 Disember 2013

GST kurangkan aliran wang haram alasan dangkal k’jaan – Anwar

Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar alasan kerajaan kononnya pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah ‘trade mispricing”.

BNM_melawak

Menurutnya lagi GST tidak mempunyai pengaruh besar terhadap masalah aliran wang haram, terutama apabila ia berkaitan dengan jualan eksport ke luar negara.

“GST tidak akan memberi kesan yang besar kepada aliran keluar wang haram. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar dan tidak meninggalkan kesan kepada harga barangan eksport.

“Alasan itu untuk mengiyakan pelaksanaan GST,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan 16 Disember lalu berkata, aliran keluar kewangan haram akan dikurangkan dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Ia menunjukkan bagaimana kerajaan Brisan Nasional cuba mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami GST”, tanbah Anwar.

anwar_ibrahimTegas Anwar pelaksanaan GST yang akan membebani rakyat itu dapat dihentikan sekiranya rakyat bangkit bersama-sama bagi menentang pelaksanaanya.

Sehubungan itu, bagi mendidik rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST dalam keadaan harga barang dan perkhidmatan meningkat, satu kempen anti GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru akan dilancarkan 20 Disember ini.

Tiada ulasan: