Jumaat, 6 Disember 2013

Gerakan cemuh slogan 1Melayu

OLEH LOOI SUE-CHERN


Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir semalam mencadangkan slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu kerana kebanyakan yang bukan Melayu kurang menyokong Barisan Nasional. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Disember, 2013.Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir semalam mencadangkan slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu kerana kebanyakan yang bukan Melayu kurang menyokong Barisan Nasional. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 
























Gerakan Pulau Pinang tidak teruja dengan saranan pemimpin dalam parti komponennya, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mengangkat slogan 1Melayu dan menggesa semua pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang mengeluarkan kenyataan rasis agar memohon maaf.

Setiausaha Gerakan Oh Tong Keong melihat cadangan 1Melayu oleh Musa itu perlu ditukar kepada 1Malaysia kerana kebanyakan bukan Melayu tidak menyokong Barisan Nasional (BN) kerana berasa tidak mendapat jaminan serta direndah-rendahkan.

Beliau kecewa dengan kenyataan Musa yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam kerana sanggup menggadaikan keharmonian dan pra sangka baik sesama kaum.

Katanya, saranan Musa menggantikan slogan 1Malaysia dengan slogan 1Melayu adalah di luar konteks dan memberi kesan kerjasama di antara parti komponen BN.

"Kami berharap kepimpinan Umno tidak bertolak ansur dengan pemimpin rasis di dalam parti. Kami menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Musa dan pemimpin ekstrem di peringkat akar umbi menarik balik kenyataan rasis mereka serta meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.

"Malah, kami berharap semua ahli Umno akan meminggirkan pemimpin rasis seperti Musa supaya mereka tidak menjadi batu penghalang kepada BN untuk meraih lebih sokongan daripada semua kaum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oh mengulas kenyataan Musa yang juga merupakan setiausaha perhubungan parti yang mendakwa slogan itu sepatutnya menjadi 1Melayu kerana bukan Melayu telah menikam BN dari belakang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) setelah perikatan itu membantu mereka.

Musa melontarkan pandangannya semalam di Perhimpunan Agung Umno selain menggesa Putrajaya menghentikan kempen dan program memenangi semula undi bukan Melayu.

Oh berkata bukan kenyataan Musa sahaja bercanggah dengan semangat 1Malaysia yang dilaungkan Najib tetapi turut menghancurkan falsafah perkongsian kuasa BN.

"Pandangan melampaunya tidak akan menguntungkan Umno dan BN kerana budaya rasis tiada tempat dalam negara ini.

"Jika BN mahu mendapat lebih sokongan daripada rakyat Malaysia, parti itu mesti melaksanakan polisi yang memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Najib sebaik sahaja mendapat majoriti mudah pada PRU13 lalu pantas menyifatkan prestasi yang kurang memberangsangkan parti itu disebabkan "Tsunami kaum Cina", satu alasan yang dinafikan pengkritik dan penganalisis.

Tiada ulasan: