Ahad, 1 Disember 2013

Datuk Fauzi Shaari meninggal dunia

SELANGOR KINI

SHAH ALAM : Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Mohd Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia di Hospital Selayang pada kira-kira jam 8.17 malam tadi.
fauzi
Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor selepas mengalami jangkitan kuman pada hati dan buah pinggang.

Sebelum pemergiannya beliau sempat bersama menyertai perjuangan PAS dan dipilih sebagai Calon PAS untuk Parlimen Larut,Perak.

Beliau dilahirkan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak pada tahun 1950.

Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Selangor Kini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan didoakan semoga Allahyarham Datuk Mohd Fauzi ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan: