TNB


KUALA LUMPUR - Lebih 60 set janakuasa bernilai RM715,00 dibekalkan kepada pusat pemindahan sementara di Johor, Pahang dan Terengganu sejak negeri-negeri itu dilanda banjir baru-baru ini.
  
Selain itu, TNB turut menyumbangkan pelbagai barangan keperluan asas termasuk pakaian terpakai, bahan masakan dan alas tidur, bagi menampung keperluan harian mangsa banjir, menurut kenyataan akhbar TNB hari ini.
  
Barangan itu telahpun diserahkan di Kampung Paya Merah, Labis dan Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing di Johor, pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuantan serta Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu di Terengganu. - Bernama