Jumaat, 6 Disember 2013

Anwar: Pakatan Rakyat terbuka dialog politik

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan BN demi kepentingan rakyat Malaysia.

Anwar hari raya“Oleh itu sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu,” kata Anwar dalam kenyataan.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak.

Pakatan Rakyat sebelum ini melalui Majlis Pimpinannya bersedia mengadakan dialog dengan bertujuan menyelesaikan masalah negara yang kian meruncing.

Antaranya isu beban hutang kerajaan yang menggunung, harga barang yang meningkat mendadak dan jenayah menular yang menggugat hubungan baik di kalangan masyarakat.

Anwar sebelum ini menggariskan beberapa perkara yang menjadi asas perbincangan termasuk soal kaum dan agama yang dimanipulasi, ekonomi yang kian merudum, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan yang baik.

Tiada ulasan: