KUALA LUMPUR:
Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan
berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada
September lalu. Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32,
berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis
sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai ‘no further
action’ (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia
tidak bersalah.
“Pihak
peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2
Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509
Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan
selanjutnya.
“Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
“Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Adi turut
ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang
peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.
Pada
September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim
didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat
polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari
Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster
itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan
wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu
berkenalan.
Pelakon
itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman
Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi
WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu
suami wanita itu.
Bagaimanapun
selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa
kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes
tersebut.
Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.
Bagaimanapun
kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat
menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan mahkamah.
“Saya
tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak
atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini,”
katanya.
Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.
Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.
“Saya
tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya
kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.
“Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya,” jelasnya.
Sementara
itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu
skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi
berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak
berkenaan.
Namun kata
Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah
untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.
“Ini
adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara
berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan