Rabu, 7 Oktober 2009

Rakyat Rembau: Tuntut janji BN di Bagan Pinang

Ditulis oleh Te@M I.T



BAGAN PINANG - Ketika Pilihanraya Umum 2008 BN telah menaburkan perbagai janji. Banyak antara janji tersebut telah dibohongi, antaranya Pengarah Pilihanraya BN Pusat telah berjanji bahawa minyak 'pasti' tidak naik tahun (2008) namun selepas BN menang pilihanraya minyak dinaikkan dalam tahun yang sama.

"Begitu juga di peringkat tempatan sehingga kini terlalu banyak janji pilihanraya tidak tertunai," ujar Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dalam ceramah di Pusat Penyelarasan DAP malam tadi.

Melalui surat terbuka 16 September lalu bekas calon parlimen Rembau itu telah meminta Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hassan menjawab lima persoalan menjelang pilihanraya kecil ini.

Walaupun satu sidang media telah dibuat menjelaskan mengenai penghantaran surat tersebut, namun menurut seorang wartawan berita kerajaan surat terbuka itu tidak boleh disiarkan kerana 'amaran' pejabat Menteri Besar.

salah satu poster yang berada berhampiran di Pusat

Penyelarasan DAP


Empat janji wakil rakyat BN Khairy Jamaludin, yang sehingga kini masih belum nampak seperti mahu ditunaikan ialah;

* Janji Hospital Daerah Rembau

- Berpuluh tahun dibawah BN daerah Rembau terpinggir, bukan hospital yang sempurna tetapi langsung tidak punya hospital daerah. Orang Rembau terpaksa ke Tampin atau Seremban untuk mendapat rawatan 'sempurna'. Setelah lama tersiksa akhirnya rakyat dijanjikan Hospital Daerah Rembau ketika pilihanraya. Namun seperti tertipu sehingga kini langsung tidak nampak bayang Hospital Rembau.

* Masjid Pedas

- Bukan sedikit kerja pecah tanah ketika pilihanraya antaranya pecah tanah Masjid Pedas. Namun sehingga kini tanah yang diratakan untuk majlis pecah tanah dan kempen pilihanraya Bn itu tinggal kosong dan dipenuhi semak samun.

* Pusat Tuisyen Emas

- Kononnya calon BN amat prihatin isu pelajaran penduduk setempat dengan menjanjikan pusat tuisyen percuma. Namun sehingga kini kerja semudah membuka pusat tusiyen yang dijanjikan ini juga gagal dilaksanakan.

* Lapangan Terbang 'ringan'

- Orang Rembau bukan setakat dijanjikan hospital, masjid tetapi turut dijanjikan Lapangan Terbang. Begitulah usaha BN untuk menang pilihanraya dengan menabur janji. Menjadi bahan jenaka jika difikirkan dengan waras namun sehingga kini orang Rembau menantikan lapangan terbang yang dijanjikan buat mereka.


Tiada ulasan: