Jumaat, 23 Oktober 2009

Pilihan Raya Pada Tahun 2010?

Oleh: Zhan Yun Hao


Hampir seminggu saya mengikuti perjalanan Perhimpunan Agong UMNO yang berlangsung baru-baru ini. Saya merasakan Perhimpunan Agong UMNO kali ini telah memberikan beberapa imej baru kepada saya (saya percaya ramai pembaca juga berpendapat sedemikian), antaranya ialah:

1. Perkataan "Ketuanan Melayu" hampir tidak kedengaran dalam Perhimpuanan UMNO kali ini, ia amat berbeza dengan Perhimpunan UMNO lepas.

2. "Keris" Pemuda UMNO juga tiba-tiba hilang dalam Perhimpunan UMNO kali ini.

3. Kewujudan logo yang baru dalam persidangan kali ini. Logo "1Malaysia" telah menarik perhatian ramai malah dianggap setara dengan lambang UMNO pada perhimpunann kali ini. Di sesetengah kawasan, logo "1Malaysia" adalah lebih menarik perhatian jika dibandingkan dengan lambang UMNO.

4. Jika dibandingkan dengan perhimpunan yang lepas, "Ketuanan Melayu" telah dijadikan tajuk perdebatan para pemimpin, tetapi tajuk perdebatan kali ini adalah berisi dan dapat diterima ramai.

Perdebatan Khairy dianggap paling menarik perhatian. Saya percaya ramai daripada anda sudah membaca perdebatan Khairy kali ini. Namum nampaknya para pemimpin atasan UMNO merasakan perdebatan Khairy tidak sesuai untuk dilaporkan dalam arus media utama Melayu maka saya percaya ramai daripada orang Melayu tidak mengetahui isi kandungan perdebatannya. Dia telah menegaskan setiap kaum harus mempunyai sifat persaingan supaya dapat mewujudkan sistem merit yang lebih berkesan dalam perdebatannya kali ini.

Saluran Astro yang agak popular dikalangan kelas menengah orang Melayu iaitu Astro Awani juga banyak melaporkan perjalanan Perhimpunan UMNO namum malangnya ia kurang membuat laporan tentang pidato Khairy dalam perhimpunan kali ini.

Namum apa yang menghairan saya dalam Perhimpunan kali ini ialah suasananya agak sama seperti Perhimpunan UMNO yang berjalan pada tahun 2004. Sebelum Pilihan Raya 2004, Pak Lah telah melancarkan slogan "Bekerja dengan saya, Bukan untuk saya". (Malangnya, partinya telah melawannya dan menumpaskannya).

Slogan ini berjaya memberikan daya imaginasi kepada semua pengundi, malah ia telah menjadi faktor penting Barisan Nasional dan UMNO menang besar pada pilihan raya kali itu. Mesej yang disampaikan oleh Pak Lah dapat diterima oleh Rakyat iaitu membanteras rasuah yang berlaku dalam pihak polis. Hal ini telah menyebabkan pengundi memberikan sokongan padu kepadanya.

Balik ke tahun 2009, situasi yang sama berlaku lagi. Pidato Presiden UMNO kali ini amat menarik perhatian ramai. Slogannya iaitu "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" berjaya mewujudkan suasana yang seperti berlaku pada tahun 2004.

Saya tidak terhenti-henti untuk membayangkan kita sudah dekat dengan Pilihan Raya kali ke 13 kerana cerita yang sama telah dimainkan semula oleh mereka.

Ahli propaganda mereka (saya sudah tidak boleh menggunakan perkataan anak tingkat empat untuk menyebut mereka kerana anak tingkat empat itu sudah ditukar tangan) telah meramalkan ekonomi negara akan pulih pada awal tahun hadapan maka ia adalah merupakan masa yang terbaik untuk mengumumkan pembubaran Parlimen pada masa itu.

Oleh sebab itu, saya meramalkan kita akan menghadapi Pilihan Raya Ke 13 pada tahun 2010, inilah faktor yang menyebabkan Perhimpunan Agung UMNO kali ini diselubungi dengan perkataan "1Malaysia" dan cuba menghantarkan mesej yang berbentuk saling menghormati, belas kasihan dan penyayang kepada semua rakyat Malaysia.

Majlis perlancaran raksasa "1Malaysia" yang berlangsung di Perak bukan satu kebetulan kerana berbanding dengan negeri lain, suasana ini lebih sesuai untuk diwujudkan di Perak.

Kini, soalan yang paling penting sekarang ialah sama ada objektif "1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" itu dapat direalisasikan atau tidak. Ramai pembaca sudah pasti merasakan ia susah untuk dicapai tetapi saya merasakan sebaliknya. Hal ini kerana "ramai" pembaca di sini tidak mencerminkan situasi sebenar yang berlaku pada minda para pengundi.

Secara umumnya, kebanyakan pengundi Malaysia dikatakan mudah lupa maka dan tidak pandai kira, sekiranya UMNO pandai untuk memainkan sesuatu isu, saya dapat menjangkakan produk mereka akan diterima ramai dan UMNO akan kembali dengan kemenangan besar di Malaysia.

Buat masa sekarang, masalah yang menghalang konsep "1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" ialah pertikaian dalaman parti komponen Barisan Nasional terutamanya MCA dan MIC. Tetapi sekiranya masalah dalaman ini dapat diselesaikan oleh mereka pada hujung tahun ini, maka Pilihan Raya 2010 akan menjadi kenyataan kelak.

Tiada ulasan: