Ahad, 4 Oktober 2009

Pembantu Noordin Mat Top serah diri

LAPORAN - AFP


JAKARTA - Seorang pembantu rapat ketua pengganas warganegara Malaysia, Noordin Mohammed Top telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis, Nanan Soekarna dalam satu kenyataan, Aris Ma’ruf, 23, menyerah diri kepada pihak polis di Temanggung di daerah Jawa Tengah kelmarin selepas beberapa bulan melarikan diri.

“Selepas disoal siasat, beliau dibawa ke ibu pejabat polis di ibu negara untuk diserahkan kepada ketua Detasmen Khusus 88 di Jawa Tengah,” katanya sambil merujuk kepada pasukan antipengganas Indonesia.

Soekarna bagaimanapun tidak memberitahu sama ada Ma’ruf akan didakwa atas sebarang kegiatan jenayah.

Di bawah undang-undang Indonesia, seseorang yang ditahan berkaitan keganasan perlu disiasat selama seminggu sebelum diisytiharkan sebagai suspek.

Menurut Penganalisis Krisis Kumpulan Antarabangsa, Sidney Jones, Ma’ruf telah membantu menyembunyikan Noordin, 41, daripada pihak polis sepanjang pemburuan pihak berkuasa selama enam tahun.

Tiada ulasan: