Kuala Lumpur: Terpengaruh dengan cerita berunsur lucah daripada rakan sekerja menyebabkan kakitangan lelaki sebuah hospital tergamak mencabul dan melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, alasan itu diberikan suspek berusia 22 tahun selepas dia ditahan di rumahnya di Jalan Air Keroh, Setapak, di sini, 5 petang hari ini.
Menurutnya, suspek mengakui melakukan perbuatan itu disebabkan terpengaruh dengan cerita berunsur lucah daripada rakan sekerja yang bergurau lucah dan mendakwa pernah melakukan perkara itu kepada wanita.
Katanya, disebabkan cerita itu, suspek memendam perasaan dan berimaginasi sehingga berjumpa dengan pesakit lelaki berusia 27 tahun, Ahad lalu.
"Suspek mengaku melakukan perbuatan itu, namun dia menafikan dirinya homoseksual.
"Polis turut merampas seluar dalam milik mangsa dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil," katanya.
Nik Ros Azhan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di bilik x-ray hospital terbabit dan semakan mendapati dia tidak memiliki rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 377CA Kanun Kanun Keseksaan.
Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan, seorang kakitangan hospital mendakwa pesakit perlu diperiksanya terlebih dahulu sebelum bertemu doktor dan kesempatan itu digunakan untuk mencabul dan melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas pesakit lelaki.
Kejadian berlaku pada 2.15 petang Ahad lalu ketika mangsa berusia 27 tahun hadir ke wad kecemasan hospital itu berikutan demam denggi sebelum suspek membawanya untuk menukar pakaian.
Menurut sumber, sebaik memakai pakaian hospital, mangsa mendakwa dibawa ke satu bilik dan suspek berpura-pura ingin memeriksa mangsa dan mengarahkan dia menanggalkan seluar sebelum mencabulnya.
No comments:
Post a Comment