Monday, November 2, 2020

Neelofa, Haris Ismail bertunang?

 Oleh ALIF FADLI

GAMBAR yang tular dalam media sosial mengenai pertunangan Neelofa dan pendakwah, Haris Ismail.

KUALA LUMPUR: Desas-desus berhubung majlis pertunangan antara pengacara dan pelakon popular, Neelofa dan pendakwah, Haris Ismail kencang bertebaran di laman-laman sosial.

Rata-rata peminat berkongsi momen indah di majlis yang dihadiri oleh dua anak seni itu dan mencetuskan persoalan benarkah mereka sudah bertunang?

Tular juga dalam laman-laman sosial, gambar Neelofa dan Haris yang berada di majlis tersebut turut mengundang desas-desus tersebut.

Perkongsian Neelofa pagi tadi menerusi Instastory juga dipercayai berkaitan dengan majlis itu.

“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini. (Senyuman di sebalik niqab),” kata Neelofa.

Malah menerusi perkongsian di Instagram, kakak Neelofa, Noor Nabila seolah-olah memberi bayangan mereka sedang mengadakan satu majlis berkaitan dengan ikatan pertunangan.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan Neelofa berhubung kebenaran desas-desus itu namun pengacara itu gagal untuk dihubungi. – UTUSAN ONLINE

No comments: