Thursday, November 5, 2020

Itu gambar lama

Oleh Asrol Awang
Gambar tular keadaan banjir yang didakwa  berlaku di Kilometer 113.3 arah timur (Lanchang) adalah tidak benar. - Foto Anih Berhad
Gambar tular keadaan banjir yang didakwa berlaku di Kilometer 113.3 arah timur (Lanchang) adalah tidak benar. - Foto Anih Berhad

KUANTAN: Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad (ANIH) meminta orang ramai tidak menyebarkan gambar kejadian banjir didakwa di lebuh raya terbabit.

ANIH dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa gambar yang tular mengenai dakwaan kejadian banjir di Kilometer 113.3 LPT 1 arah timur (Lanchang) adalah insiden lama.

Sehubungan itu, katanya, syarikat itu memohon orang ramai tidak menyebarkan gambar terbabit kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik terutama kepada pengguna LPT 1.

"Justeru, pengguna dinasihatkan supaya melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk keadaan trafik terkini.

"Pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan," katanya.

No comments: