Wednesday, November 25, 2020

Dituduh merogol, Dai Syed buat laporan polis

 Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

 
Daie Said membuat laporan polis berikutan dakwaan pemilik akaun Twitter @ainunnnajwa yang menfitnahnya merogol seorang gadis.

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Dai Syed membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25,  mengakui kesal dengan dakwaan tidak berasas itu selain menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai fitnah paling buruk sepanjang kariernya.

“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga. Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini. UTUSAN

No comments: