Friday, November 6, 2020

Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Membuat blog boleh menjana pendapatan jika benar-benar serius. (Gambar Rawpixel)

Dalam kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membendung penularan pandemik Covid-19 pelbagai perkara boleh kita lakukan di rumah. Dalam keadaan ekonomi semakin merundum dan terbatasnya pergerakan untuk bekerja di luar menjadikan pekerjaan melalui internet adalah sangat diperlukan ketika ini.

Dari membuang masa, apa kata kita jana pendapatan dengan membuat blog sendiri. Ya, membuat blog juga boleh memberi pendapatan dan jika benar-benar serius, ia mampu memberikan pendapatan lumayan.

Tidak perlu kos yang tinggi dan ia tidaklah sesukar yang disangka. Berikut adalah serba sedikit mengenai cara membuat blog. Jom baca cara buat duit dengan blog.

Cara Buat Blog

1. Pilih platform blog

Terdapat pelbagai platform untuk membuat blog seperti blogger, wix, drupal, joomla dan sebagainya. Paling popular ialah WordPress dan kebanyakan blogger menggunakan platform ini kerana ianya mudah.

2. Keperluan membuat blog

Terdapat 4 keperluan utama membuat blog iaitu masa, nama domain, hosting dan budget. Sebelum membuat blog, anda mesti bersedia untuk semua perkara ini.

Masa adalah perkara paling penting kerana kunci kejayaan blogger adalah masa yang diluangkan.

Anda juga perlukan nama domain dan hosting sendiri. Dengan memiliki domain dan hosting sendiri blog anda kelihatan lebih profesional dan lebih serius. Ini membuatkan orang akan lebih percaya dengan blog anda sekaligus membantu mendapat lebih banyak lawatan (trafik) dan juga pengikut setia (subscriber). Ia juga membolehkan anda mempelbagaikan cara untuk jana pendapatan daripada blog.

Selanjutnya bajet. Untuk serius dalam dunia blogging anda perlu mengeluarkan sedikit belanja. Pertama sekali untuk membayar domain dan juga hosting. Tidaklah mahal sangat. Bergantung pada syarikat penyedia domain dan hosting yang anda pilih. Anda boleh dapat harga untuk domain dan hosting terbaik dalam sekitar RM100+ setahun.

Kedua, sebagai pilihan, mungkin anda nak berbelanja sedikit untuk perkara seperti beli theme yang cantik, upah untuk ubahsuai laman dan sebagainya.

3. Akhir sekali langkah membuat blog

Berikut merupakan urutan langkah untuk buat blog sendiri:

  • Pilih Niche Blog
  • Tentukan Nama Domain
  • Beli Domain dan Hosting
  • Install WordPress
  • Akses Admin WordPress
  • Install Theme WordPress
  • Buat Page & Post

Antara blog-blog popular:

1. Penulisan

Jika anda mempunyai kemahiran menulis maka anda boleh kongsikan bakat menulis itu di blog. Anda boleh tulis pelbagai perkara yang menyeronokkan yang boleh menarik minat pembaca.

Apabila blog anda sudah mempunyai ramai pelawat, anda boleh buat duit dengan menjual slot iklan atau melalui Google Adsense dan sebagainya. Namun, anda perlu memberikan komitmen masa dan tenaga jika mahu buat duit melalui penulisan blog.

2. Menjual produk sendiri

Anda boleh bermula dengan menjual E-book kerana ia tidak memerlukan kos yang besar dan dapat menjana pendapatan yang banyak.

Anda juga boleh menjual produk hasil kerja tangan sendiri. Sekarang sudah menjadi tren, ramai yang menjual pelbagai barangan hasil dari hobi sendiri seperti mengait, lukisan, fotografi, pokok hiasan dan banyak lagi di dalam blog.

3. Affiliate

Ia adalah satu perniagaan “internet” yang boleh memberikan pendapatan hasil dari promosi yang dilakukan terhadap sesebuah produk. Jika anda fokus, ia boleh menguntungkan. Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com,Clickbank.com dan lain-lain.

Namun begitu, untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran bagi membantu anda mempromosikan sesuatu produk.

4. Monitize 

“Monetize” adalah teknik di mana bloggers hanya perlu membina blog dan memasangkan kod iklan dari syarikat- syarikat pengiklanan tempatan dan luar negara. Kemudian iklan-iklan tersebut akan terpapar di blog berdasarkan bidaan tertinggi dari pengiklan-pengiklan.

Terdapat pelbagai pengiklanan yang terkenal seperti Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan sebagainya. Tetapi pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda.

No comments: