Pertemuan pendakwah bebas Ebit Lew dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tentunya menjadi perhatian.
Kedua-duanya bertemu semalam ketika melakukan ziarah terhadap anggota Polis Diraja Malaysia Konstabel Nicholester Dadup Unggat yang meninggal dunia dan L-Kpl Mohamad Fadhirul yang cedera parah selepas mengalami kemalangan ketika mengejar penjenayah.
“Terharu sebak gembira sangat dapat jumpa dengan Ayob Khan. Ketua Polis Johor. Masa ziarah semalam. Baik dan sangat rendah diri orangnya. Sifat tegas dan prinsip perjuangannya. Bergambar masa makan malam tadi.
“Sampai semalam, Datuk Ayob Khan bawa saya ziarah anggota yang sakit di hospital dan ziarah mendiang yang terkorban. Pemilik kereta Myvi itu telah berjaya ditangkap semalam. Kami sempat berbual panjang mengenai keadaan negara kini,” kata Ebit.
Menurut Ebit, betapa pentingnya sifat perjuangan dan pengorbanan dengan ikhlas dalam diri setiap individu.
“Insya-Allah ustaz. Kita akan selamatkan negara tercinta ini dari dadah, jenayah, rasuah, dan membina jiwa anak muda dengan perjuangan membina perpaduan dan kasih sayang.
“Insya- Allah ustaz, pasti kita akan berjaya bawa kebaikan ini walau sedikit-sedikit, ” kata Ayob Khan kepada Ebit yang membuatkan pendakwah itu kagum.
Ayob Khan turut memuji kerja-kerja masyarakat yang dilakukan Ebit dan kehadiran pendakwah itu sentiasa mengembirakan pihak lain.
Ebit berkata,beliau amat menghormati Ayob Khan yang tegas membenteras jenayah tanpa perasaan takut dan gentar sehingga menjadi idola banyak anak muda.
“Semangat dan perjuangan datuk jauh lebih besar dari apa yang saya lakukan. Saya hormat pada anggota PDRM yang banyak berjuang. Datuk telah menjadi idola ramai anak muda.
“Beliau sangat rendah diri. Dapat hadiah dari beliau. Saya hadiahkan buku tulisan saya pada beliau. Semoga datuk terus berjuang dan istiqamah. Semoga Allah pelihara datuk dan semua anggota PDRM dari segala bahaya,” kata Ebit.
Kehadiran pendakwah itu yang menzirahi mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat semalam turut membuatkan keluarga tersebut terharu. -SM
No comments:
Post a Comment