Saturday, August 22, 2020

KKM kesan kluster baharu Covid-19 libatkan restoran Titiwangsa

Shawaliah Hadir
MGF06072020_PC-HARIAN-KKM06-681x454
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham 
Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan pertambahan kluster baharu yang dikesan melibatkan sebuah restoran di Titiwangsa di sini.

Memaklumkan ia sebagai Kluster Maju, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ia ekoran dua kes pertama dikenalpasti 16 Ogos lalu membaitkan pekerja di restoran tersebut hasil saringan rawak di sekitar ibu kota.

Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan, pelanggan restoran yang positf virus berkenaan juga telah dikesan.

“Pesakit mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Setakat ini, seramai 672 orang telah disaring termasuk 16 pekerja dan 656 orang pelanggan. Daripada jumlah itu tiga kes dikesan positif Covid-19 dan 669 individu negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Noor Hisham, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat akan diteruskan.

Dalam pada itu, pencegahan dan aktiviti kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga telah dijalankan di restoran berkenaan.-MalaysiaGazette

No comments: