Turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.
Menurut Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, langkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga.
"Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di solat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Mohd Shahzihan menambah, surau itu hanya boleh beroperasi semula selepas mendapat kebenaran JAIS.
Dalam pada itu katanya, jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS.
Katanya, JAIS juga telah mengarahkan seluruh kawasan surau dan sekolah itu disanitasi serta merta.
"Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan," katanya lagi
No comments:
Post a Comment